Sunday, 7 August 2011

Laporan Usrah Remaja Ke-32 (30.7.2011 Bersamaan 28 Syaaban 1432)

Minggu : Ke-4 (Julai)
Hari : Sabtu
Tarikh : 30.7.2011 (Bersamaan 28 Syaaban 1432)
Waktu : 2.00 petang - 4.00 petang
Tempat : Masjid Kg Sempam Baru

Naqib : Fairuz
Pencatit : Fahmi
Tadarrus : Surah Al-Baqarah (Ayat 13 -37)
Tadabbur : Surah Al-Baqarah (Ayat 13-37)
Kehadiran: Fairuz, Saufie, Rasdan, Najmi, Afifi, Fahmi, Amin Asyraf dan Afnan.

Isi-isi penting
MUHASABAH MENYAMBUT RAMADHAN
  • Niat puasa hendaklah dilakukan pada setiap malam sebelum mengerjakannya. Manakala berniat pada hari malam pertama Ramadhan untuk 30 hari puasa sekaligus dibolehkan sebagai waspada jika terlupa berniat pada malam2 tertentu. (jika salah boleh diperbetulkan fakta ini)
  • Lafaz niat puasa tidak wajib kerana niat yang sebenar itu terletak pada lintasan hati.
  • Tersangat baik jika orang yang bermusafir untuk meneruskan berpuasa walaupun diberikan kelonggaran (rukhsah) untuk tidak berpuasa.
  • Menjadi satu tuntutan kepada ibu bapa untuk mendidik dan melatih anak2 berpuasa walaupun anak2 belum wajib berpuasa apabila anak2 sampai tahap mukallaf (dapat membezakan yang baik dan buruk)
  • Matlamat utama ibadah puasa pada bulan Ramadhan ialah untuk mencapai taqwa.
  • Mentaliti masyarakat tempatan di bulan Ramadhan yang perlu diperbetulkan :
     1) Menekankan solat berjemaah Terawih tetapi meremehkan solat berjemaah fardhu 5 waktu.
     2) Tadarrus Al-Quran dengan tergesa2 untuk khatam di bulan Ramadhan.
     3) Imam dan jemaah tergesa2 untuk menyelesaikan solat Terawih dengan ayat2 yg panjang.
     4) Pembaziran dengan membeli juadah berbuka dengan melampau (pesta berbuka).

  • Cadangan strategi membanyakkan membaca Al-Quran pada bulan Ramadhan iaitu sehari satu juzuk atau 10 muka; membaca 2 muka setiap lepas solat fardhu 5 waktu.
  • Menghayati pembacaan Al-Quran dengan menganggap ayat2 Al-Quran ditujukan kepada diri.

Laporan Usrah Remaja Ke-31 (22.7.2011 Bersamaan 20 Syaaban 1432)

Minggu : Ke-3 (Julai)
Hari : Jumaat
Tarikh : 22.7.2011 (Bersamaan 20 Syaaban 1432)
Waktu : 3.00 petang - 5.00 petang
Tempat : Masjid Kg Sempam Baru


Naqib : Fahmi
Pencatit : Nazirul
Tadarrus : Surah Al- Fatihah (Ayat 1 - 7), Surah Al- Baqarah (Ayat 1 -16)
Tadabbur : Surah Al- Fatihah
Kehadiran: Afnan, Fahmi, Nazirul, Dhiyauddin, Zulhelmi, Fairuz, Najmi

Isi-isi penting
Hadith 1 (Kitab Hadith 40)
  • Niat menurut bahasa, ialah qasad (tujuan hati) dan iradah (kehendak hati).
  • Segala amal adalah melalui niat. Niat adalah sebab utama untuk mewujudkan atau melahirkan amal.
  • Diterima sesuatu amal itu atau tidak adalah berdasarkan niat kita.
  • Maka diperlukan kepada niat atau qasad melakukannya semata-mata hendak mendampingkan diri kepada Allah, bukan atas sebab yang lain.
  • Suatu amal itu dianggap sah atau sempurna jika haluan dan tujuannya ikhlas hanya untuk mendapat redha Allah.
  • Baik amal itu kalau niatnya baik, jahat amal itu kalau niatnya jahat sekalipun amal itu lahirnya baik.

    Riadah Badminton Minggu Ke-2

    sedikit sedutan video Riadah Badminton Minggu Ke-2..


                                                                       Afnan & Afifi vs Hashir & Afiq

     

                                                                       Bacaan Hadis Oleh Dhiyauddin

     

                                                                          Kesimpulan dari semua







    Senarai Ahli

    1. Muhammad Afnan Bin Suhaimi - 19 Tahun - Taman Mutiara 1 - SMK Mahmud
    2. Fahmi Bin Ahmad Dusuki - 21 Tahun - Taman Mutiara 1 - KIPSAS
    3. Muhammad Hanis Bin Suhaimi - 18 Tahun - Taman Mutiara 1 - SMK Mahmud
    4. Nazirul Syahmi Bin Zulkipli - 18 Tahun - Kuarters Pendidikan SMK Tengku Kudin - SMK Mahmud
    5. Ahmad Kamil Bin Raja Ariffin - 16 Tahun - Kg. Sempam Baru - SMA Al-Khairiah Temerloh
    6. Ahmad Afiq Bin Abdul Aziz - 18 Tahun - Taman Mutiara 1 - SMK Mahmud
    7. Muhammad Fikri Bin Abdul Rani - 18 Tahun - Taman Mutiara 1 - SMK Mahmud
    8. Amien Rifaie Bin Tamizi - 15 Tahun - Kg. Sempam Baru - Maahad Tahfiz Klang
    9. Muhammad Mukram Bin Mohd. Padzil - 16 Tahun - Taman Mutiara 1 - SM Sains Seremban
    10. Mohamad Dhiyauddin Fadli Bin Muhammad Zailani - 22 Tahun - Taman Sentosa - USM
    11. Sheikh Imam Kamil Bin Sheikh Osman - 18 Tahun - Kuarters Pendidikan SMK Tengku Kudin - Kolej Matrikulasi Johor
    12. Muhammad Rasdan Bin Sabri - 20 Tahun - Taman Mutiara 2 - UNISEL
    13. Muhammad Shukri Bin Shahrudin - 15 thn - Taman Mutiara 1 - SMA Al-Ulum Ad-Diniah Dong
    14. Wan Zulhelmi Bin Wan Kamaruzaman - 18 Tahun - Taman Amalina Perdana - UiTM Kuantan
    15. Raja Mohamad Hariz Firdaus Bin Raja Ibrahim - 21 Tahun - Simpang Kalang - UNISEL
    16. Muhammad Hanis Bin Mohamed Azmi - 20 Tahun - Taman Shahbandar - UiTM Shah Alam
    17. Abdul Hadi Bin Zalhe - 15 Tahun - Simpang Kalang - MRSM Tun Ghazali Shafie K. Lipis
    18. Wan Azizul Bin Wan Kamaruzaman - 20 Tahun - Taman Amalina Perdana - UNISEL
    19. Mohammad Shahimin Bin Saharudin - 18 Tahun - Taman Mutiara 1 - UiTM Jengka 
    20. Ahmad Amirul Bin Ahmad Fuad - 22 Tahun - Taman Mutiara 1 -  UNIRAZAK
    21. Ahmad Afifi Bin Ahmad Fuad - 16 Tahun - Taman Mutiara 1 - SMK Mahmud
    22. Muhammad Saufie Bin Jamaludin - 18 Tahun - Taman Amalina Lestari - SMK Mahmud
    23. Amin Asyraf Bin Tamizi - 21 Tahun- Kg. Sempam Baru - Michigan State University 
    24. Mohamad Fairuz Zulkefli - 23 Tahun - Taman Amalina - UIA Kuantan
    25. Ahmad Syukri Bin Abdul Rahman - 22 Tahun - Taman Medan Indah - Kerja
    26. Mohd. Saiful Firdaus Bin Mohd Kamal - 22 Tahun - Taman Mutiara 1 - Kerja

      Pengenalan

      GUR Raub bukanlah satu persatuan mahupun pertubuhan dan juga bukanlah kelas fardhu 'ain untuk remaja tetapi ia merupakan satu usaha kecil bagi mengumpul remaja-remaja lelaki Islam sekitar Raub bagi menghidupkan kesedaran agama di samping mengeratkan ukhuwwah Islamiyah antara mereka melalui aktiviti-aktiviti santai yang dijalankan. GUR Raub tidak terikat dengan mana-mana parti politik mahupun NGO. Namun, GUR Raub sangat menggalakkan ahli-ahlinya untuk melibatkan diri dengan apa jua aktiviti dan program yang dianjurkan mana-mana jua kelompok masyarakat asalkan ianya membawa kepada kebaikan dan tidak bercanggah dengan Islam. 


      ORGANISASI

      AHLI TETAP
      • Ahli yang belajar di Raub.
      1. Afnan   (Ketua)
      2. Nazirul  (Setiausaha dan Bendahari)
      3. Fikri     (AJK Riadah)
      4. Saufie   (AJK Fotokopi)

       
      AKTIVITI BERSAMA

      1. Usrah Remaja / Sembang Remaja
      • Kadar : Seminggu sekali
      • Hari :Sabtu
      • Waktu : 2.00petang - 4.30petang
      • Tempat : Masjid atau surau sekitar Raub



              2. Riadah Badminton
              • Kadar : Seminggu sekali
              • Hari : Khamis atau Sabtu
              • Waktu : 9.15mlm - 11.00mlm (selepas Isyak)
              • Tempat : Dewan Serbaguna Kg. Sempam Baru


                  3. Jogging
                  • Kadar : Seminggu sekali
                  • Hari : Ahad
                  • Waktu : 5.30ptg - 6.50ptg
                  • Tempat : Taman Tasik / Taman Bandar Raub

                     



                        4. Iktikaf dan Qiamullail
                        • Kadar : Seminggu sekali
                        • Hari : Sabtu
                        • Waktu : 11.00mlm - 7.00pagi
                        • Tempat : Masjid sekitar Raub

                                Saturday, 16 July 2011

                                Pembuka Bicara

                                Assalamu'alaikum. Blog ini merupakan ruang informasi bagi sahabat2 Geng Usrah Remaja Raub (GUR Raub). Jadi, sahabat2 bolehlah selalu jenguk blog ni terutamanya kepada sahabat2 yang takde Facebook.