Sunday, 7 August 2011

Laporan Usrah Remaja Ke-31 (22.7.2011 Bersamaan 20 Syaaban 1432)

Minggu : Ke-3 (Julai)
Hari : Jumaat
Tarikh : 22.7.2011 (Bersamaan 20 Syaaban 1432)
Waktu : 3.00 petang - 5.00 petang
Tempat : Masjid Kg Sempam Baru


Naqib : Fahmi
Pencatit : Nazirul
Tadarrus : Surah Al- Fatihah (Ayat 1 - 7), Surah Al- Baqarah (Ayat 1 -16)
Tadabbur : Surah Al- Fatihah
Kehadiran: Afnan, Fahmi, Nazirul, Dhiyauddin, Zulhelmi, Fairuz, Najmi

Isi-isi penting
Hadith 1 (Kitab Hadith 40)
  • Niat menurut bahasa, ialah qasad (tujuan hati) dan iradah (kehendak hati).
  • Segala amal adalah melalui niat. Niat adalah sebab utama untuk mewujudkan atau melahirkan amal.
  • Diterima sesuatu amal itu atau tidak adalah berdasarkan niat kita.
  • Maka diperlukan kepada niat atau qasad melakukannya semata-mata hendak mendampingkan diri kepada Allah, bukan atas sebab yang lain.
  • Suatu amal itu dianggap sah atau sempurna jika haluan dan tujuannya ikhlas hanya untuk mendapat redha Allah.
  • Baik amal itu kalau niatnya baik, jahat amal itu kalau niatnya jahat sekalipun amal itu lahirnya baik.

    No comments:

    Post a Comment