Sunday, 7 August 2011

Pengenalan

GUR Raub bukanlah satu persatuan mahupun pertubuhan dan juga bukanlah kelas fardhu 'ain untuk remaja tetapi ia merupakan satu usaha kecil bagi mengumpul remaja-remaja lelaki Islam sekitar Raub bagi menghidupkan kesedaran agama di samping mengeratkan ukhuwwah Islamiyah antara mereka melalui aktiviti-aktiviti santai yang dijalankan. GUR Raub tidak terikat dengan mana-mana parti politik mahupun NGO. Namun, GUR Raub sangat menggalakkan ahli-ahlinya untuk melibatkan diri dengan apa jua aktiviti dan program yang dianjurkan mana-mana jua kelompok masyarakat asalkan ianya membawa kepada kebaikan dan tidak bercanggah dengan Islam. 


ORGANISASI

AHLI TETAP
  • Ahli yang belajar di Raub.
  1. Afnan   (Ketua)
  2. Nazirul  (Setiausaha dan Bendahari)
  3. Fikri     (AJK Riadah)
  4. Saufie   (AJK Fotokopi)

 
AKTIVITI BERSAMA

1. Usrah Remaja / Sembang Remaja
  • Kadar : Seminggu sekali
  • Hari :Sabtu
  • Waktu : 2.00petang - 4.30petang
  • Tempat : Masjid atau surau sekitar Raub



          2. Riadah Badminton
          • Kadar : Seminggu sekali
          • Hari : Khamis atau Sabtu
          • Waktu : 9.15mlm - 11.00mlm (selepas Isyak)
          • Tempat : Dewan Serbaguna Kg. Sempam Baru


              3. Jogging
              • Kadar : Seminggu sekali
              • Hari : Ahad
              • Waktu : 5.30ptg - 6.50ptg
              • Tempat : Taman Tasik / Taman Bandar Raub

                 



                    4. Iktikaf dan Qiamullail
                    • Kadar : Seminggu sekali
                    • Hari : Sabtu
                    • Waktu : 11.00mlm - 7.00pagi
                    • Tempat : Masjid sekitar Raub

                            No comments:

                            Post a Comment